Buah pauh dari Matang,
Bawa bersama buah kuini,
Dari jauh saya datang,
Mengharap kasih orang di sini.
Sayang teraduk melanggar jawa,
Jawa lari keliling bukit,
Jangan merajuk intan dan nyawa,
Tidakkah boleh salah sedikit.
Sayang teraduk melanggar jawa,
Jawa lari keliling bukit,
Jangan merajuk intan dan nyawa,
Tidakkah boleh salah sedikit.
Hati suka pergi ke pekan,
Hendak berdagang buah berangan,
Hati terbuka kami alukan,
Lebih dan kurang dicaci jangan.
Memancing kelah bukannya mudah,
Harus menunggu sekian lama,
Bertunang sudah bersanding sudah,
Mengapa kaku di malam pertama?
Menyinar sayu bulan purnama,
Angin malam meniup kencang,
Bukannya kaku di malam pertama,
Sebelum menghasil harus merancang.
Negeri Melaka luas kotanya,
Tempat orang berjual barang,
Adik hanya ingin bertanya,
Adakah abang milik orang?
Mudik ke Hulu Pendekar Sharibu,
Bersama Tuah berdayung sampan,
Memang janggal zaman baharu,
Ikan pula menunggu umpan.
Pergi memburu di Hutan Simpan,
Membawa pulang seekor landak,
Mengapa ikan menunggu umpan,
Kerana Pangiran lambat bertindak.
Riwayat Singapura dilanggar todak,
Korban nyawa ramai bilangannya,
Kerana teruna lambat bertindak,
Risau disana sudah berpunya.
Pendekar Tirani gagah orangnya,
Namun hidupnya sekejap cuma,
Masakan disini sudah berpunya,
Menunggu disana berkurun lama.
Ratu Kirana tiada selesa,
Kerana baginda berbadan dua,
Usah kita membuang masa,
Langsung kita ke fasa kedua.
Intan baiduri memang memikat,
Untuk si ayu berjiwa muda,
Kalau hati sudah sepakat,
Molek direstu ayah dan bonda.
Namun hidupnya sekejap cuma,
Masakan disini sudah berpunya,
Menunggu disana berkurun lama.
Ratu Kirana tiada selesa,
Kerana baginda berbadan dua,
Usah kita membuang masa,
Langsung kita ke fasa kedua.
Intan baiduri memang memikat,
Untuk si ayu berjiwa muda,
Kalau hati sudah sepakat,
Molek direstu ayah dan bonda.
No comments:
Post a Comment