Sunday, 6 July 2014

Selamat Datang.

Lena tidur sampai ke petang,
Mimpi ditandang puteri serani,
Saya hulur selamat datang,
Sudi datang ke serambi ini.

Ayu pesona puteri serani,
Memang jelita dipandang mata,
Kerna ku bina serambi ini,
Agar bisa bermain kata.

Puteri jelita kesayangan rakyat,
Tutur dan adab semua lengkap,
Kususun kata menjadi ayat,
Cukup empat menjadi rangkap.

Puteri tersayang ramah orangnya,
Kalau berkata bersopan santun, 
Ada pembayang ada maksudnya,
Itulah dia serangkap pantun.

Huuuh...it took me 20 minutes just to write these 4 stanzas. Seperti yang kalian sedia maklum, blog in saya dedikasikan khas untuk pencinta budaya dan pejuang sastera, lebih-lebih lagi budaya pantun. Saya tahu ada ramai para pemantun di luar sana yang giat berkongsi ilmu, tips dan koleksi-koleksi pantun masing-masing, baik hitam putih mahupun di alam maya.

Saya tidak mengharap blog ini untuk menjadi popular dan sukses tetapi sekiranya dapat menjadi pangkalan untuk berpantun dan berbalas pantun kepada sesiapa sahaja yang berminat, saya amat alu-alukan. 

No comments:

Post a Comment