Monday, 7 July 2014

Pantun Patriotik

Hilang tawa kerana kecewa,
Hati gundah tiada tertahan,
Untuk negara bergadai nyawa,
Segumpal darah jadi taruhan.

Tewas sudah Hang Deli,
Ditangkap oleh Raja Kapur,
Walau patah sayap rajawali,
Bertongkat jua ke medan tempur.

Memang hebat negeri Melaka,
Dijaga oleh pahlawan berlima,
Setengah abad sudah merdeka,
Mengapa masih di takuk lama?


Raja Kapur memang bengis,
Mengamuk liar satu pekan,
Kami yang gugur usah ditangis,
Hanya doa kami hajatkan.

No comments:

Post a Comment